Tuesday, May 11, 2010

Sebuah kisah daripada pertemuan dua sahabat Rasulullah s.a.w


Sebuah kisah daripada pertemuan dua sahabat Rasulullah s.a.w pada waktu pagi iaitu Sayyidina Ali r.a dan Salman al-Farsi r.a. Selepas memberi salam, Ali r.a bertanya khabar kepada Salman. Selepas menjawab salam Salman menceritakan keadaannya pada pagi itu.

"Ya Amirul Mukminin, pagi ini aku disedihkan oleh empat perkara." selepas mendapati Ali inginkan jawapan, Salman pun menjelaskan :
"Pertama, sedih memikirkan keluarga yang menuntut roti kepadaku.
Kedua, sedih memikirkan suruhan Allah terhadapku.
Ketiga, sedih memikirkan pujukan syaitan terhadap rohku.
Keempat, sedih memikirkan tuntutan malaikat terhadap rohku."

Mendengar penjelasan itu Ali mententeramkan hati Salman dengan katanya :
"Wahai Salman, gembiralah kerana keempat-empat itu menambahkan darjatmu."
Kemudian, Ali menceritakan peristiwa dia bertemu Rasulullah yang bertanya khabar kepadanya. Jawab Ali, "Ya Rasulullah, aku berada dalam empat kesedihan :
Pertama, sedih memikirkan anak-anakku di rumah yang tiada sebarang makanan kecuali air.
Kedua, sedih memikirkan taat kepada Allah.
Ketiga, sedih memikirkan akibatku.
Keempat, sedih memikirkan malaikat pencabut roh."

Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, "Wahai Ali, bergembiralah kerana sesungguhnya sedih memikirkan keluarga adalah tabir dari api Neraka. Sedih memikirkan taat kepada Allah itulah kesejahteraan dari seksa. Sedih memikirkan akibat itu adalah perjuangan yang lebih utama daripada ibadah selama 60 tahun. Sementara sedih memikirkan malaikat itu adalah pelebur semua dosa".

0 comments:

 

Tags

Site Info

Followers