Wednesday, May 19, 2010

LAPORAN POLIS KE ATAS MAYBANK KERANA SALAH KIRA PINJAMAN PERBANKAN ISLAM! PEMINJAM RASA TERTIPU DAN PERLU DILINDUNGI!

Di petik dari web sites Persatuan Pengguna Islam Malaysia...


Pernahkah anda menyemak perkiraan faedah dan keuntungan untuk pinjaman bank anda?  Sudahkah anda dapatkan semakan pihak kedua untuk mengesahkan ketepatannya?

Jika belum, tahukah anda perbezaannya yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit boleh membayar untuk perjalanan udara pegawai-pegawai tinggi bank dan institusi kewangan selain bonus yang dikeluarkan sebagai insentif kepada kakitangannya?

Kehilangan anda boleh menjadi satu kelebihan untuk dinikmati bank, institusi kewangan dan kakitangannya!

Jangan biarkan perkara yang memudharatkan pengguna ini mencemari tahap keprofesionalan dan etika yang wajib didokong bank dan institusi kewangan di negara ini!

Pengguna mempercayai bank melalui pegawai dan sistem mereka untuk mengeluarkan perkiraan yang tepat, tanpa sebarang lebihan caj walau sekecil mana.

Wujudkah badan bebas atau autoriti lain yang boleh memastikan serta memantau perkiraan bayaran balik pinjaman yang dikeluarkan bank-bank di negara ini, tepat dan tiada kesilapan?

Pasangan yang mengambil pinjaman perumahan berlandaskan konsep syariah; perbankan Islam mendapati jumlah bayaran balik untuk pinjaman BBAnya melebihi amaun yang sepatutnya sehingga hampir 60%!

Sehubungan dengan persoalan dan keraguan ini, satu sidang akhbar telah diadakan pada 18 Mei 2010 di Sembang Sembang Cafe, LG 6 The Mall oleh pengadu bersama Setiausaha Kerja PPIM, Y Bhg Dato' Nadzim Johan dan Penasihat PPIM, En Mustaffa Hamzah.

Daripada sidang media ini, PPIM berharap agar satu badan diwujudkan sebagai rujukan untuk pengguna bagi hal berkaitan perkiraan dan pinjaman bank.

Pengguna juga harus lebih berhati-hati dan peka terhadap urusan harian mereka supaya tidak ditipu atau diperguna oleh pihak-pihak yang kurang bertanggungjawab dan tidak beretika seperti ini yang sewenang-wenangnya menindas pengguna dan masyarakat.

PETIKAN MEDIA LAIN BERHUBUNG SIDANG AKHBAR BERKAITAN

1) BERNAMA ( 18 Mei, 2010 21:35 PM )

PPIM Minta Kerajaan Tubuh Pusat Semakan Pinjaman

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan menubuhkan pusat semakan kiraan pinjaman bank bagi membolehkan pengguna mendapat penjelasan tentang jumlah sebenar yang perlu mereka bayar balik kepada pihak bank.

Setiausaha Kerjanya Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana para peminjam tidak mempunyai ruang untuk mendapatkan rujukan pengiraan setelah membuat sebarang pinjaman di bank sekiranya mereka ragu dengan jumlah bayaran yang dikenakan.

"Para peminjam perlu tahu tidak semua pengiraan yang dibuat oleh bank adalah betul...sebab itu perlu wujudnya satu pusat pengiraan untuk peminjam menyemak serta mendapat rujukan agar tidak tertipu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata situasi sedemikian turut mengundang keraguan kepada para peminjam dalam pengiraan pinjaman, khususnya melibatkan sistem perbankan Islam.

"Diharap pihak berkuasa iaitu Bank Negara dan Kementerian Kewangan dapat menyiasat perkara ini," katanya.

Menurut Nadzim, pada Rabu lepas seorang pengadu telah membuat laporan polis berhubung pinjaman perbankan Islam berjumlah RM375,000 untuk tempoh 19 tahun mulai tahun 2000.

Pengadu Hazlinda Hamzah, 45, yang turut hadir dalam sidang akhbar itu mendakwa beliau telah membuat pinjaman perumahan dengan tempoh bayaran balik selama 19 tahun terbabit dengan faedah pinjaman bagi tempoh dua tahun pertama ialah 5.5 peratus dan 17 tahun seterusnya dengan kadar 8.25 peratus.

"Pada Mac lepas saya telah ke INCEIF (Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam) untuk buat semakan pengiraan pinjaman itu dan diberitahu bahawa berdasarkan bayaran balik yang dikenakan ke atas saya untuk tempoh 19 tahun sebenarnya dikira mengikut kadar 12.75 peratus secara keseluruhan."

Hazlinda berkata beliau telah membuat aduan kepada pihak Bank Negara dan diminta merujuk perkara berkenaan kepada bank yang memberi pinjaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Saya telah membuat aduan mengenai pengiraan itu kepada pihak pengurusan bank berkenaan secara bertulis sejak dua tahun lepas tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," katanya.

SUMBER : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=499243

2) MALAYSIAKINI (
Salhan K Ahmad | Mei 18, 10 7:53pm)

Wartawan buat laporan polis terhadap bank

Seorang wartawan sambilan membuat laporan polis terhadap sebuah bank utama yang didakwanya telah mengenakan bayaran balik untuk pinjaman perumahannya melebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda Hamzah, 45, dan ibu kepada lima orang anak, membuat aduan itu terhadap Malayan Banking Berhad pada 14 April lalu di balai polis Subang Jaya, Selangor.

Laporan polis itu diedarkan kepada para wartawan yang menghadiri sidang akhbar Hazlinda bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibunegara hari ini.

Dalam laporan tersebut, Hazlinda berkata, beliau mengambil pinjaman perumahan berjumlah RM375,000 pada 2000 daripada Maybank cawangan USJ 9, Subang Jaya untuk tempoh 19 tahun.

Katanya, menurut pihak bank, kadar keuntungan untuk pinjaman itu bagi tempoh dua tahun pertama ialah 5.5 peratus dan 17 tahun seterusnya pada kadar 8.25 peratus.

Menurut aduan itu lagi, pada bulan Mac 2010, beliau telah ke Bank Negara cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk membuat semakan perkiraan pinjaman tersebut.

Hazlinda berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa berdasarkan bayaran balik yang dikenakan ke atasnya untuk tempoh 19 tahun sebenaar dikira mengikut kadar 12.75 peratus secara keseluruhannya.

Sedangkan, katanya, dalam aduan itu lagi, purata kadar keuntungan yang dikenakan untuk pinjaman tersebut, telah dijanjikan oleh pihak bank pada kadar 7.96 peratus.

Menurut aduan itu lagi, Hazlinda berkata, setelah kiraan dibuat oleh wakil Bank Negara, didapati jumlah bayaran balik yang dikenakan terhadapnya mlebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda juga, dalam aduannya itu, berkata Maybank cawangan USJ 9 Subang Jaya - tempat beliau mengambil pinjaman tersebut - tidak lagi beroperasi sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar hari ini, Hazlinda berkata: "Kalau saya bayar, bermakna saya bersetuju untuk membayar dengan amaun yang salah. Saya akan kehilangan hak saya untuk mempertikaikannya."

Berikutan itu, Hazlinda mendakwa beliau kerugian lebih RM300,000 akibat menandatangani perjanjian pinjaman bagi tempoh 19 tahun dengan bank tersebut bermula tahun 2000.

Beliau mendakwa, berikutan itu, beliau berhenti menjelaskan bayaran bulanan sejak tahun 2001.

Mengulas lanjut, Hazlinda berharap supaya satu siasatan dijalankan ke atas bank tersebut bagi memeriksa sistem pengiraan bayaran balik pinjaman yang digunakan.

"Sekiranya (pihak bank) bersalah, mereka patut dihukum dan saya patut dibayar gantirugi," katanya.


SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/132130



komen habeeb : saya pun pernah hadapi masalah dgn org bank ni, personal loan dan home loan depa memang cari peluang untuk kenakan kita so hati2. dan dapatkan khidmat org2 yg pro tentang ni, saya kebetulan seorang jemaah masjid memang ada pengalaman tentang ni, dia tolong saya A-Z, sebab tu kena dekat diri dengan masjid, dan selalu tolong orng Allah akan bantu kita...

2 comments:

Anonymous said...

Pay your loan lah. Don't simply blame everyone else when things don't go well. You signed the loan so you should know what you're signing dumbo. You complain and complain and threaten to sue. Just because you won against kumon you think you're above the law? Dumbass

Unknown on 10:58 AM said...

PENAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (DAFTAR SEKARANG)

Apakah Anda seorang pengusaha atau wanita? Apakah Anda di stres keuangan? Anda perlu Uang untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda memiliki pendapatan rendah dan merasa sulit untuk mendapatkan pinjaman dari bank lokal dan lembaga keuangan lainnya? Jawabannya ada di sini, Theresa Walker Badan Kredit adalah jawabannya. Kami menawarkan;

a) pinjaman pribadi, ekspansi bisnis.
b) Business Start-up dan pendidikan.
c) konsolidasi utang.
d) pinjaman Keras Uang.

Namun, metode kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang dibutuhkan dan juga durasi Anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman dengan tingkat bunga 2%. Ini memberi Anda kesempatan nyata untuk mengumpulkan uang yang Anda butuhkan. Kandidat yang tertarik harus menghubungi kami melalui
email; theresawalkerloanfirm@gmail.com
Baris kantor; +447031903867

 

Tags

Site Info

Followers