Tuesday, May 18, 2010

Imbuhan RM900 hingga RM7,500 jika berjaya lonjak prestasi sekolah

Ehsan Berita Harian

KUANTAN: Sempena Hari Guru semalam, kerajaan mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika kecemerlangan diteruskan dan mereka berjaya mencapai KPI setiap tahun, ganjaran akan diberikan setiap tahun.
Beliau berkata, ia selaras konsep mengutamakan pencapaian menerusi satu daripada empat sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada guru yang memberi sumbangan penting kepada rakyat dan negara.

Katanya, ganjaran akan diberi mulai tahun depan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah melepasi sasaran 92 peratus Skor Komposit bagi sekolah menengah dan 84 peratus sekolah rendah.

Beliau berkata, Skor Komposit dikira berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan sebuah panel akan menilai pencapaian sekolah untuk mereka yang yang layak diberi ganjaran.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai KPI akan menerima ganjaran RM7,500, manakala guru dalam kumpulan lima peratus teratas berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan, menerima RM1,800 dan 95 peratus guru berikutnya menerima RM900.
"Ganjaran akan diberi kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan kedudukan sekolah dalam ranking Skor Komposit, iaitu 2,500 tempat bagi sekolah rendah dan 300 tempat bagi sekolah menengah.

"Kita berharap ia dapat menyuntik semangat baru kepada guru untuk lebih gigih bagi meningkatkan prestasi sekolah serta keberhasilan pelajar," katanya ketika melancarkan sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39 yang bertema Guru Pembina Negara Bangsa, di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini, semalam.

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong serta dan Dr Mohd Fuad Zakarshi.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berkata, walaupun ia membabitkan penambahan perbelanjaan, kerajaan sudah memutuskan memberi ganjaran setiap tahun sehingga masa akan datang.

“Jika sekolah dan pengetua meneruskan usaha serta mencapai kejayaan cemerlang untuk tahun berikutnya, mereka berhak mendapat ganjaran lagi. Kalau meningkat tiap-tiap tahun, pengetua, guru besar dan guru akan dapat ganjaran setiap tahun.

"Apabila panel penilai selesai membuat penilaian termasuk mengambil kira keputusan peperiksaan awam dan keluarkan senarai sekolah yang layak, kita akan bayar seberapa cepat kepada pengetua, guru besar dan guru terbabit," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan empat cadangan Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru yang boleh dilaksanakan segera bagi meringankan beban guru.

Katanya, ia adalah mengurangkan bilangan jawatankuasa peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar menerusi pengecilan jawatankuasa dengan menggabung atau memansuhkan bidang tugas bagi membantu guru menumpu perhatian kepada tugas hakiki, selain memastikan pembahagian tugas diagih secara adil untuk mengelak beban tugas tertumpu kepada guru tertentu.

Beliau berkata, jumlah peperiksaan dalaman perlu dikaji semula, bukan saja untuk meringankan beban guru, malah mengelakkan sistem persekolahan menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan.

"Tugas perkeranian di sekolah akan disusun semula menerusi garis panduan terperinci bagi membezakan tanggungjawab hakiki guru dengan tugas perkeranian, sekali gus melonjak kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

"Kursus penting yang perlu dihadiri guru juga akan diselaraskan di peringkat kementerian supaya tidak wujud pertindihan kursus atau guru sama terpaksa mengikuti pelbagai jenis kursus anjuran kementerian, negeri dan


Komen Pembaca Berita Harian

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
cikgu T
memang x dinafikan sek. luar bandar akan lebih ketinggalan. w/pun guru berhabis daya, tetapi prestasi sek luar bandar tetap tdk akan dpt tandingi sek yg bagus berdasarkan pelajar yg bijak..
apa salahnya setiap tahun guru sentiasa diberi imbuhan w/pun sedikit sebagai pembakar semangat..
satu lg kenapa pengetua dpt ganjaran yg banyak sedangkan duit guru biasa yg banyak keluar untuk pelajar.. pemgetua hanya mengarah sahaja...
Zali
Bagus, macam2 yang di rancang kemeterian pendidikan tapi kena adil kepada guru dan murid. Ada sekolah murid memang terpilih dan pandai tapi ada murid di sekolah yang tak pandai mcm mana nak nilai. Lagi satu jgn ingat murid pandai di sesuatu sekolah adalah di sebabkan guru mata pelajaran tu yang pandai mengajar, tapi sebaliknya guru matapelajaran tu yg teruk. Bila ibu bapa perasan anaknya teruk belajar di sekolah tu, dia ambil inisiatif hantar anaknya ke pusat tuisyen maka pelajar tu dpt cemerlang dlm pelajarannya. Inipun kemeterian kena buat kajian juga. Bukan nak perlekehkan guru tapi guru kena sedar diri adakah dia memang hebat atau ada pemangkin lain yg menyebabkan anak muridnya hebat dlm pelajarannya. Saya sedih kdg2 melihat murid yg ada potensi cemerlang tapi kerana guru syok sendiri murid terabai. Maaf bukan semua guru mcm tu, kalau ada guru yg terasa tu baguslah mudah2an dia sedar dan dpt memberi perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
cikgu s
ianya akan meningktkan jurang antara sekolah dan guru.. kenapa perlu penilaian, jika kerajaan ikhlas hendak memberi ganjaran dan mengurangkan kerja guru.. sudah lama dilaksanakan..
aman
Ada pro dan kontranya kaedah ganjaran ini. Jangan pula nanti kerana ganjaran yang dikejar, guru menjadi mangsa kerahan tenaga sehingga kebajikan guru diabaikan. Masa rehat hari sabtu dijadikan korban dengan alasan meningkatkan pencapaian sekolah. Jadikan ganjaran yang diperolehi sebagai hadiah kerana kecemerlangan yang diusahakan, bukan kecemerlangan diusahakan demi untuk mendapatkan hadiah dan ganjaran yang dijanjikan, umpama biarlah kita makan kerana ingin terus hidup bukan kita terus hidup hanya kerana ingin dapat makan.
Cikgu juga
Pendapat awal saya...untunglah guru yang sedia mengajar di sekolah terpilih yang muridnya memang pandai dah pun. Marilah ke ulu-ulu ni mengajar murid-murid terbelakang dan liat nak terima ilmu...kesian kami
gilor ugihad
saya cadangkan supaya pemberian insentif kepada sekolah yang berprestasi tinggi berdasarkan KPI supaya di bahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah kawasan bandar dan sekolah pedalaman. kita sedia maklum sekolah-sekolah di pedalaman memang banyak kekurangan berbanding sekolah di kawasan bandar dan sudah pasti tidak mempu bersaing dan sudah tentu sukar untuk memanangi anugerah ini..kita sama sama fikirkan...
soso
jika ganjaran ini diteruskan pasti akan berlaku dimana sekolah akan lebih mengutamakan akademi daripada perkara lain. maka untuk mencapai 1 murid 1 sukan juga tidak akan tercapai. lebih malang lagi akan berlaku jurang yang amat ketara di antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar. saya harap KPM lebih peka terhadap jenis ganjaran yang hendak diberi. terima kasih.
Cikgu KL
Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Tan Sri kerana kini adanya usaha untuk membela nasib guru terutamanya meringankan beban tugas guru. Mohon teliti semula, kenapa imbuhan yang nak diberi berbeza antara guru biasa dan "pentadbir". Guru-guru yang mengajar subjek teras bertungkus lumus mengajar dari siangnya sehingga ke kelas malam ditambah pula pada hari sabtu.. mereka ini yang banyak bersama murid. sedangkan barisan pentadbir hanya akan ada pada waktu pejabat dan sekali sekala menjenguk itu pun kalau ada. Sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak senang pada guru-guru yang berusaha keras. bukan hendak mempertikaikan tetapi untuk benar-benar memberi kepada yang hak, jika ianya dilihat daripada sudut imbuhan atau ganjaran di atas usaha yang dilakukan bukan gaji hakiki yang sememangnya layak mengikut jawatan.
Ali
Pemberian ganjaran ini akan menyebabkan GB besar kepala dan salahguna kuasa akan semakin berleluasa. Guru-guru yang pandai mengampu akan terima durian runtuh. Guru yang tinggi markah LNPT di sesebuah sekolah tidak semestinya banyak menyumbang ke arah kecemerlangan pencapaian UPSR. Jika UPSR diambil kira.tq.
cikgu rungsing
Apa-apa pun terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada KPM. Namun kerungsingan mulai menjengah di dalam kepala kerana warga guru nampak sedikit ketidakadilan sekiranya anugerah ini tidak diteliti betul-betul. Sebagai contoh, ada sekolah rendah yang JPN tempatkan budak-budak elit. Peratus sekolah ini saban tahun melebihi 84%. Bagaimana sekolah yang lain? Sikap pegawai JPN yang mendiskriminasi sekolah-sekolah yang tidak ternama harus dibuang dulu sebelum anugerah ini dipanjangkan.
Sewajarnya Guru Besar atau Pengetua yang dikatakan cemerlang itu ditempatkan dahulu di sekolah yang tercorot sebelum menerima RM7,500. Ini bagi membuktikan mereka benar-benar cemerlang. Bukan sekadar memanipulasi kepandaian yang telah sedia ada pada murid-murid.
md_zalie
knpa mesti guru shja yang di beri kn. sedangkan AKS yang ada di sekolah juga memainkan peranan bagi guru2 merealisasikan pengajaran yang dilaksanakan tanpa AKS mungkin guru2 akan lebih sibuk lagi dan tidak dapat memberikan tumpuan dalam pelajaran..apa2 pun tima kasih atas keperihatinan TPM..saya cadangkan hal ini di kaji semula
julinben
Kebaikan: Guru mendapat ganjaran.
Keburukan : Jurang semakin besar antara bandar dan luar bandar apalagi pedalaman.
Pendapat : Bagi guru luar bandar bebenan lebih terasa kerana murid kurang terdedah dgn isu semasa.
rayyan
TQ krn berikan ganjaran....ttp nampaknya ganjaran ini hanya akan dapat kpd skolah d bandar shj yg dikaakan sekolah cemerlang krn muridnya mendapat kptsn yg cemerlang & guru dapat habuan...bagaimana dgn sekolah d luar bandar, sudah semestinya sukar untuk guru mereka mendapat ganjaran ini.....sepatutnya ganjaran ini dberikan kpd semua guru d malaysia sebagai hadiah hari guru....barulah dikatakan kerajaan malaysia kerajaan yg perihatin.....
guru luar bandar
jika penilaian ini dinilai berdasarkan kategori mungkin ia agak releven. ini kerana sekolah terpilih seperti MRSM, sekolag asrama penuh, sekolah elit adalah yg berkelayakan dapat. akhirnya sekolah luar bandar dan bukan sekolah pilihan akan terpinggir setiap tahun. ini lebih memberi jurang besar dalam penilaian setiap tahun. sebelum dilaksanakan perlu difikir secara keberkesanan kepada semua kategori/ tata tingkat sekolah di seluruh negara.
Cikgu F
Salam 1Malaysia & Selamat Hari Guru,
Terima kasih kepada YAB Menteri Pelajaran yang perihatin terhadap kebajikan guru-guru. Saya secara peribadi amat menyokong cadangan mengkaji semula bebanan tugas guru yang semakin hari semakin bertambah sehinggakan kurang dapat menumpukan kepada 'core business' mereka. Usaha ini perlu dipercepatkan supaya matlamat melahirkan generasi yang cemerlang & gemilang tidak terjejas.


Kenapa tidak sama antara guru biasa dan pengetua. sedangkan yang berkerja ialah guru biasa. pengetua hanya memberi arahan dan buat penilaian sahaja.... apa2 pun terima kasih Tan Sri kerana membela nasib golongan pendidik....
Gurinsing Jr
Terima kasih Tan Sri...
daerah," katanya.

1 comments:

Anonymous said...

haruslah ikhlas dan menerima ini sebagai buah tangan sahaja. ada ambil dan tiada masih tetap gagah dan gigih berusaha..
-cikgu kenit-

 

Tags

Site Info

Followers