Tuesday, September 14, 2010

Nafkah kepada Ibu Bapa....tolong komen...

(Nota: Dipetik dari ruang Ask_Ustaz di rantauan.com )
Salam Ustaz,

Kalau seorang perempun sudah berkahwin, dia menjadi tangungjawab suami dia. Kalau tak nak kerja nak duduk rumah je pun boleh as long as suami dia boleh menangung semua keperluan keluarga.

Tapi apahal dengan mak bapak si perempuan? Jika anak-anak mereka semua perempuan and semua dah kahwin and all decided not to work, who is responsible to take care of them in their old age. No work = no hasil to give their parents every month. Ada pun tak banyak setakat apa yang mereka mampu je = tak cukup untuk buat perbelanjaan bulanan ibu bapa kerana mereka mahu tinggal di rumah mereka sendiri.

Ada tak guideline Islam yang boleh kita gunakan megenai hal ini ?
Kalau mereka ada 3 anak perempuan ada tak guideline yang menyatakan bahawa anak perempuan yang sulung mempunyai tangungjawab yang lebih dari numbor 2 and 3 dan sebagainya. ------------------------------------
Jawaban
salam

Perkahwinan seorang wanita dengan seorang lelaki tidak memutuskan hubungannya dengan ibubapanya dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab dia kepada ibubapa.

Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita.

Ramai berpendapat, kalau wanita kahwin, tanggungjawab utamanya pindah kepada laki, dan bukan ibubapanya = tangungjawab menjadi ibubapa terkebelakang.

Saya tidak bersetuju dnegan pandangan yang seperti ini kerana 2 para pertama di atas.

Saya berpendapat seorang suami yang soleh pastinya tidak akan menuntut isterinya taat kepadanya sehinga mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa i.e. tak jaga, takde nafkah dll.

Sebaliknya, suami yang soleh hendaklah berusaha agar isterinya faham akan 2 para pertama di atas, dan membantu dia untuk menunaikan tanggungjwab kepada ibubapanya, walaupun dari segi "analisa kos", dia sendiri harus membuat pengorbanan.

Dalam senario keluarga yg dinyatakan, jika si wanita tidak mahu bekerja, kerana suami mampu tanggung segalanya:

1. dia hendaklah peruntukkan sedikit wang bulanan yang dia perolehi dari suaminya untuk ibubapanya. Berapakah kadarnya? Ia bergantung pada keperluan ibubapa dan bagaimana ketiga beradik itu berkongsi tangggungjawab terhadap ibubapa mereka.

2. jika wang yang diberi suami kurang mencukupi untuk membuat sumbangan yang diperlukan, bolehlah dibincangkan dengan suami untuk minta dipertambahkan atau dibuat financial analysis bagi menjimatkan perbelanjaan yang tak penting. Dalam hal ini, si suami hendaklah mempunyai ihsan i.e. jangan menolak penambahan yang diminta kerana merasa ia bukan sebahagian dari kewajibannya kerana dengan itu dia sendiri menjadi penyebab isterinya tidak berbuat baik kepada ibubapa. Tambahan pula keberadaan isterinya dirumah sepenuh masa juga bermanfaat bagi dia dan keluarganya.

3. jika mmg si suami tidak mampu untuk memberi wang yang lebih, maka isteri bolehlah berusaha untuk mencari wang tambahan agar dengan itu ia berupaya untuk membantu dari segi kewangan ibubapanya. Ini tidak semestinya dilakukan dengan bekerja sepenuh masa. Masa terluang sebagai suri rumah, boleh dimanfaatkan dengan pelbagai cara bagi mendapat wang tambahan untuk menunaikan tanggungjawab kepada ibubapa. Namun, jika harus bekerja bagi tujuan ini, si suami haruslah memahami hakikat ini dan bersedia untuk memberi kebenaran.

Kesimpulannya, tiada sebab bagi orang pompuan nak berkata "saya tidak dapat bantu mak ayah, pasal sekarang ini saya sudah berkahwin. Tanggungjawab saya yang utama pada suami", silap juga bagi suami untuk berkata "awak tidak perlu buat itu semua kerana tanggungjawab awak kepada saya dan keluarga kita dulu. Saya kata awak tak boleh kerja, jaga anak kat rumah, maka tak boleh kerja lah."

salam
haniff

Monday, May 24, 2010

KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH

Komen habeeb : dipetik dari  http://zalmarjan.blogspot.com

Assalamualaikum

Di bawah ini satu artikel yg amat mengharukan jiwa. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.

Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)

apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.

..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

habeeb : Sedikit maklumat mengenai mimpi...

dari http://iresta.blogspot.com
Ada apa dengan mimpi ini?

Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka sesungguhnya dia telah melihat daku kerana syaitan tidak menyerupai aku ."
Jadi mimpi bertemu dengan Rasullullah s.a.w. adalah satu berita gembira- basheera buat orang-orang yang bernasib baik. Para ulama berkata bahawa sesiapa yang bermimpi bertemu dengan Rasullullah s.a.w. di dalam tidurnya maka mimpi tersebut adalah benar.

Di dalam satu riwayat yang lain Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya : " Sesiapa yang melihat daku di dalam tidur , maka ia akan melihat daku di dalam jaga ( keadaan sedar ) ."
Ulama telah berselisih pendapat tentang maksud " akan melihat daku di dalam keadaan sedar ."

Pendapat pertama : Ini adalah ditujukan kepada golongan yang hidup di zaman Rasullullah , dan dia tidak berhijrah ke Madinah , maka Allah akan memudahkannya berhijrah dan dia akan melihat Rasullullah s.a.w.
Pendapat kedua :Ia akan melihat baginda Rasullullah s.a.w. di akhirat .
Pendapat ketiga : Ia akan melihat dengan penglihatan yang dikhususkan kepadanya secara dekat dan mendapat syafaat daripada baginda .
Oleh itu sebahagian daripada para ulama berkata bahawa sesiapa yang melihat Rasullullah s.a.w. di dalam tidurnya maka , dengan izin Allah, InsyaAllah ia akan mendapat husnul Khatimah( meninggal dunia di dalam keadaan mulia).

Mengenai syarat untuk melihat Rsullullah s.a.w. dalam mimpi, beberapa orang soleh berpendapat bahawa orang yang biasa melihat Rasullullah s.a.w. adalah orang-orang yang saleh serta menyintai Rasullullah s.a.w. Golongan yang tidak melihat Rasullullah s.a.w. dalam mimpi adalah golongan bid'ah .

Beberapa dalil yang berkaitan dengan mimpi :

“Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”, maksud Surah al-Fath, ayat 27.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): “Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq)”. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kata Prof Dr Harun Din,…” Mimpi benar memang wujud dan boleh berlaku, dengan izin Allah SWT. Mimpi benar, khususnya bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. boleh digolong dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang. Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar”.
Namun ada tiga mimpi yang tidak boleh dita’abir atau ditafsir iaitu :
1. Perkara yang dicita-citakan pada siang hari yang terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau mimpi oleh seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.
"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti'azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya."Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa'id.
Adab-adab selepas bermimpi:
Ta’abir mimpi ada pelbagai, kadangkala menyesat dan merunsingkan fikiran, kadangkala menggembirakan dan menyeronokkan. Jadi dalam menangani permasalahan mimpi kita perlu juga satu garis panduan , iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah swt. dengan ucapan Alhamdulillah. Kita boleh ceritakan kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku. Sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah swt. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan jiwa insan. Jika bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut : 1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu), lebih baik teruskan tahajjud 8 rakaat + 3 rakaat witir. Semoga malam kita diberkati Allah.





Friday, May 21, 2010

Dr Asri jangan mudah melatah...kes bung Mokhtar

Komen Habeb :Layan Berita dari Utusan ...
Bung Moktar dihukum penjara



KUALA LUMPUR 19 Mei - Secara tiba-tiba, suasana di dalam dewan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini bertukar menjadi senyap dan sunyi.


Semuanya berpunca daripada keputusan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.


Dengan keputusan itu, Bung Moktar menjadi ahli Parlimen pertama di negara ini yang dihukum penjara atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. 


Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette yang duduk di sebelah Bung Moktar, kelihatan terkejut dan terus memandang ke arah suaminya sebaik mendengar keputusan itu.


Zizie atau nama penuhnya, Zizie Izette A. Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan yang sama.


Bung Moktar atau nama sebenarnya, Moktar Radin, 51, juga didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bersubahat dengan Zizie untuk berpoligami tanpa kebenaran.


''Tertuduh merupakan seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam meluluskan sesuatu undang-undang. Beliau seharusnya menghormati dan mendukung undang-undang tersebut tidak kira undang-undang sivil atau syariah.


''Tertuduh wanita pula seorang pelakon wanita Muslim yang menjadi idola dan ikutan.


''Sekiranya kedua-dua mereka tidak boleh mengikut undang-undang, ia menunjukkan seolah-olah undang-undang syariah boleh dipermainkan oleh mereka yang berpengaruh dan berkepentingan,'' katanya.


Hukuman pemenjaraan itu dilihat agak sukar dipercayai oleh keluarga mertua Bung Moktar termasuk ibu mertuanya, Khaty Fauziah.


Ahli Parlimen yang pernah digelar Bigfoot itu bagaimanapun berjaya dalam permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan.


Sementara rayuan didengar dan diputuskan, Bung Mokhtar diikat jamin RM1,000 beserta seorang penjamin dengan syarat notis rayuan perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari dan salinan notis itu perlu diserahkan ke mahkamah tersebut.


Pada prosiding hari ini, hakim syarie tersebut turut mendenda RM1,000 atau penjara enam bulan ke atas enam individu termasuk pelakon wanita itu kerana bersubahat dengan Bung Moktar yang berpoligami tanpa kebenaran.


Mereka ialah abang pemegang watak utama drama Aduhai Esah, Datuk Ahmad Shahazmi, 42, dan Samzy Fuzette, 34; adik mereka, Shaheizy Sam, 28; serta dua rakan Bung Moktar iaitu Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56. 


Ahmad Shahazmi yang juga wali kepada Zizie dan dua adik lelakinya itu turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu menikahkan pelakon wanita itu serta menjadi saksi perkahwinan tersebut.


Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang atau penjara sebulan.


Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menyatakan, pernikahan yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya boleh dianggap sebagai pernikahan sindiket.


''Perkahwinan merupakan satu perjanjian yang agung sebab ia memastikan keturunan atau nasab yang soleh dan solehah.


''Dan oleh sebab itu, adalah perlu pasangan menzahirkan dan memasyhurkan perkahwinan masing-masing mengikut kemampuan tanpa dirahsiakan,'' katanya.


Hakim syarie itu juga menyatakan pernikahan tersebut mungkin sah kerana ia memenuhi rukun nikah tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut undang-undang syariah Islam.


Hakim itu juga sempat menegur kesemua saksi perkahwinan tersebut.


Wan Mahyuddin menyatakan, abang dan adik lelaki Zizie serta rakan-rakan Bung Moktar sepatutnya membantu pasangan itu agar perkahwinan tersebut dapat dilangsungkan dengan betul dan mengikut hukum syarak.


Selesai prosiding, pihak media terpaksa menunggu pasangan itu hampir dua jam bagi mendapatkan reaksi mereka.


Bung Moktar bagaimanapun enggan mengulas panjang dan hanya menyatakan beliau menerima keputusan tersebut dan menyerahkan segalanya kepada Allah.


Zizie pula dengan ramah hanya berterima kasih kepada media yang hadir pada prosiding tersebut tanpa menjawab sebarang pertanyaan.


Peguam syarie Amli Embong yang mewakili semua tertuduh ketika ditemui pihak media turut memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan perkahwinan dan poligami pasangan itu dalam masa yang terdekat.


Komen Habeeb : Kita lihat Artikel dari Malaysiakini



Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan perasaan simpatinya terhadap Datuk Bung Mokhtar dan isterinya Zizie Izette A Samad yang didapati bersalah menikah tanpa kebenaran oleh mahkamah rendah syariah.




Menurut Dr Mohd Asri (kiri), kedua-dua pasangan sensasi itu terpaksa menerima hukuman "hanya kerana berpoligami".


"Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan. 


"Jika pun pihak jabatan agama ingin membendung salah laku atau salah guna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab," katanya.


Semalam, selain dijatuhi penjara sebulan, Bung Mokhtar - ahli parlimen Kinabatangan - didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.


Isteri keduanya, Zizie - seorang pelakon - pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.




Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagaimanapun membenarkan permohonan Bung Moktar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan terhadapnya.


Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mohd Asri berpendapat, bagi membendung ketidakadilan poligami dengan menghalang poligami hanyalah meningkatkan maksiat semata-mata. 


"Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi 'ada yang ternama tidak berkahwin' bebas dengan pasangannya yang ternama," kata Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.


Sementara itu Wanita PKR Selangor pula mempunyai pandangan berbeza dengan tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya itu.


Seragamkan undang-undang, elak kekeliruan


Dalam kenyataannya semalam, sayap wanita PKR negeri itu "mengucapkan tahniah kepada Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad kerana tegas menangani isu berkaitan poligami."


"Wanita Keadilan Selangor memandang serius isu poligami tanpa izin. Perkara ini boleh menjelaskan keharmonian keluarga sekiranya tidak ditangani. Dengan kadar penceraian yang sangat tinggi di Selangor hal ini perlu dipandang serius. 




"Pandangan isteri pertama harus diambil kira, kerana jika isteri pertama tidak memahami keperluan poligami bagi suami mereka ia akan menjejaskan institusi keluarga," kata ketuanya Haniza Talha (kiri).


Dalam satu kenyataan semalam, Haniza yang juga timbalan speaker Selangor turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan poligami diseragamkan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.


"Jika seorang ahli parlimen (Seperti Bung Mokhtar) boleh melakukan pelanggaran terhadap undang-undang berkaitan poligami mungkin kerana keliru, apa lagi masyarakat biasa yang mungkin tidak jelas dengan undang-undang yang ada," kata ADUN Kampung Medan itu.


Komen Habeeb : Jangan Mudah Berbicara kelak nanti Mudah salahsangka...

Ainon Toner Mata Permata Hijrah dan Permata Hijrah Ainon Toner Mata Tiada asas saintifik'???

'Tiada asas saintifik'



Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Awas! Orang ramai yang ingin memulihkan masalah mata menggunakan kaedah alternatif diberi amaran supaya tidak terpengaruh dengan sebarang iklan atau produk kosmetik yang didakwa boleh merawat penyakit mata secara berkesan.
Lebih membimbangkan jika produk terbabit tidak merawat penyakit mata seperti diharapkan, sebaliknya menyebabkan pengguna kerugian semata-mata membeli produk yang tidak terbukti secara saintifik. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Eisah A Rahman berkata, terdapat hanya dua jenis produk penjagaan mata dikeluarkan syarikat Permata Hijrah yang dibenarkan berada dalam pasaran iaitu Ainon Toner Mata Permata Hijrah dan Permata Hijrah Ainon Toner Mata. Menurutnya, kedua-dua produk terbabit yang dikeluarkan kilang Seri MH Ummi Sdn Bhd dinotifikasikan sebagai produk kosmetik oleh KKM.


“Oleh kerana ia produk kosmetik maka tidak boleh digunakan untuk kegunaan di dalam biji mata dan tuntutan bagi merawat penyakit serta masalah berkaitan mata tidak dibenarkan.


“Produk kosmetik dalam konteks ini semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan,” katanya.


Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan melalui media elektronik, media cetak dan risalah yang diedarkan dalam kempen promosi beberapa syarikat yang mendakwa produk keluarannya dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana kencing manis, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.


“Dakwaan sebegini tidak mempunyai asas dan bukti saintifik dari segi sains perubatan,” katanya.


Beliau mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan produk dari syarikat pengeluar kosmetik berhubung kesahihan tuntutan ketika promosi dan pemasaran.


“Semua pengeluar dan ejen syarikat ini diingatkan, produk yang dinotifikasikan sebagai produk kosmetik hendaklah dipasarkan sebagai kosmetik dan tidak boleh membuat tuntutan yang jelas melampaui definisi kosmetik.


“Perkara ini sentiasa dipantau KKM dan jika terdapat bukti berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang, siasatan lanjut akan dibuat terhadap syarikat yang terbabit seterusnya didakwa,” katanya.


Menurut Eisah, pihak kementerian memandang serius kewujudan beberapa syarikat lain yang mengeluarkan produk kosmetik untuk mata yang juga menggunakan teknik promosi yang mengelirukan pengguna.


“Pengguna dan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan mata disaran supaya tidak membazirkan wang membeli produk berkenaan untuk tujuan rawatan kerana perbuatan itu bukan hanya sia-sia dan merugikan. Malahan ia turut mengundang bahaya yang lebih besar dari segi keselamatan dan kesihatan.


Menurutnya, individu yang mengalami masalah kesihatan mata dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan sewajarnya daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. Bagi mereka yang mengalami kesan negatif akibat penggunaan produk berkenaan, mereka disaran melaporkan terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 8549 / 5551 untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata, orang awam boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi talian 03-7841 3200/ 3215 atau e-mel pharmacy1@moh.gov.my sekiranya memerlukan keterangan lanjut mengenai produk berkaitan.

Difahamkan, syarikat Permata Hijrah sebelum ini pernah mencabar Kementerian Kesihatan supaya mengambil sampel produk mereka untuk dikaji bagi melihat sejauh mana kandungan produk itu boleh memberi kesan sampingan dan berbahaya kepada pengguna. Pengasas Produk, Mohd Zulkifli Dollah mendakwa kesal apabila Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya sebelum ini melarang produk syarikatnya diedarkan, digunakan dan dijual kerana dianggap melanggar syarat ditetapkan, walhal bahan digunakan ialah air zam zam dan mutiara tanpa campuran bahan kimia.

Komen Habeeb : produknya terlalu mahal....

Thursday, May 20, 2010

al Kisah Minyak Petrol RON 95' RON 97'

 Komen Habeeb : layan ler baca, aku dapat dalam email


Pada 1 Sep 2009 petrol RON 97 naik dari RM 1.80 ke RM 2.05 seliter. Manakala RON 95 naik dari RM 1.75 ke RM 1.80 seliter.

 Disebabkan nak jimat bajet , saya pun guna RON 95 dari tarikh tersebut. Mulanya tak perasaan perbezaan, sebabkan nak jimat duit.

 Lama-lama saya perasaan kereta saya, 1500 cc Auto macam tak ada pick up, lambat tukar gear. Jadi minggu ni (26 April 2010) saya buat ujian, guna RON 95 sampai habis, kemudian isi hampir penuh dengan RON 97. Terasa pick up, tekan sikit pedal minyak, kereta meluncur laju, gear pun tukar cepat dan RPM tak naik tinggi.

 Kemudian saya buat ujian kereta lagi satu, 850 cc Manual. Juga hasil yang sama, pedal minyak lebih ringan, pick up lebih sikit, enjin ada sikit senyap.

 Saya perlu buat ujian dalam seminggu ni , samada berbaloi atau tidak saya guna RON 97. Mungkin mahal sikit, tapi kereta akan jimat minyak kerana ada lebih power.

 Ini mengikut ukuran fizikal saya. Saya mana ada lab dan bajet nak buat ujian guna test equipment yang sebenar. Kenalah mana-mana 3rd party buat ujian macam ni.

 Mungkin pengguna lain boleh cuba. Kawan saya guna kereta Auto 2000 cc memang kata RON 95 tak de pick up, jadi dia guna RON 97. Tapi kawan saya yang guna kereta Auto 1200 cc pula kata RON 95 lebih baik.

 Mungkin ianya bergantung pada jenis dan model kenderaan.

 Bab yang gagal ujian SIRIM bukan saya kata, tapi dalam laman web Petronas yang kata iaitu :
 PRIMAX 95 meets the following specification : SIRIM MS 118: Part 2 : 2005 (EXCEPT for Reid Vapour Pressure) http://www.mymesra. com.my/images/ microsite/ commercial/ pdf/primax95. pdf

 Tak pastilah apa maksud EXCEPT adakah gagal atau dia tak test Reid Vapour Pressure.

 Saya ni tak minat sabjek Kimia, tapi ingin tahu apa kaitan Vapour Pressure dengan Flash Point dengan Fire Point.

 Kerana masih tertanya-tanya akan artikel RON 95 Mudah Meletup Bila Kemalangan ? di http://waghih. blogspot. com/2010/ 04/ron-95- mudah-meletup- bila-kemalangan. html

 MSDS untuk RON 95 ada, tapi MSDS untuk RON 97 tak jumpa.

 Bukankah pengguna berhak dibekalkan dengan MSDS atau Technical Specification ?

 Lagi satu tertanya-tanya juga, kereta para menteri guna RON 95 atau RON 97 ? Kereta-kereta kerajaan yang lain guna RON 95 atau RON 97, terutama kereta peronda polis dan terutama sekali kereta peronda polis Mitsubishi Lancer tu ?

 PRIMAX 95 (Euro 2M RON95 Gasoline)
 Reid Vapour Pressure, kPa - 70
 http://www.mymesra. com.my/images/ microsite/ commercial/ pdf/primax95. pdf

 TECHNICAL SPECIFICATIONS UNLEADED MOTOR GASOLINE 95 RON
 Vapour Pressure, Reid @ 37,8°C KPa(Psi) Min 45 Max 75
 http://www.ioml. mu/download/ Unleaded- Motor-Gasoline- 95-RON.pdf

 Vapor pressure is an important physical property of volatile liquids. This test method is used to determine the vapor pressure at 37.8°C (100°F) of petroleum products and crude oils with initial boiling point above 0°C (32°F).
 Vapor pressure is critically important for both automotive and aviation gasolines, affecting starting, warm-up, and tendency to vapor lock with high operating temperatures or high altitudes.
 Vapor pressure is also used as an indirect measure of the evaporation rate of volatile petroleum solvents.
 http://www.astm. org/Standards/ D323.htm

 Flash and Fire Point (ASTM D-93, D-92 )
 The lowest temperature at which application of the flame causes the vapors above to ignite, but not burn continuously, is taken as the flash point.
 http://www.tpub. com/content/ armyquartermaste r/QM5184/ QM51840027. htm

 MS 118 : Part 2 Specification for motor vehicle gasoline : Unleaded gasoline
 http://www.sirim. my/isch/ms_ published. pdf

 Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi

 PUTRAJAYA 2 Sept. — Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

 Beliau diminta mengulas kenaikan harga di pam bagi RON95 daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter manakala RON 97 pula dijual pada RM2.05 berbanding RM1.80, kedua-duanya berkuat kuasa semalam.

 http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2009&dt=0902&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_37.htm&arc=hive

Wednesday, May 19, 2010

Hari Kiamat hampir menjelang...!!! Matahari dari barat marikh...



Untuk renungan, difikirkan dan dihayati ...
Planet Marikh telah mengalami peristiwa retrograde, di mana peristiwa tersebut adalah peristiwa berkurangnya kecepatan planet sehingga menyebabkan perpindahan terbitnya matahari dari sebelah timur menjadi di sebelah barat.
Maklumat dari NASA tentang Planet Marikh seperti berikut :
MERM (MARS Exploration Rover Mission) -24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction.

Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!!
Dengan kejadian tersebut apakah kita tidak berfikir kalau bumi tempat kita menjalani hidup sehari-hari akan mengalami peristiwa yang sama di masa yang akan datang?
Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari terbit di sebelah barat. Pada masa ini, pintu taubat sudah tiada"
( Hadith : Muslim)

"Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata : Rasulullah s.a.w. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling ingat-mengingati. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingatkan?” Sahabat menjawab, “Kami mengingatkan tentang hari kiamat.” Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan : Dukhan (kabut asap), Dajjal, binatang (yang pandai berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa a.s, Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman menghantar manusia ke Mahsyar."
( Hadis : Muslim)
Lawati web berikut untuk memahami bagaimana fenomena ini berlaku :
http://apod.gsfc.nasa.gov/apod/ap080511.html
http://famhar.multiply.com/journal/item/26
http://www.pta.edu.pl/orion/apodmain/apod/ap060422.html http://hyperphysics.phy-astr.gsu.edu/hbase/Solar/retromars.html
di youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=72FrZz_zJFU

Pameran patung kurang ajar di pameran di Sepanyol..!!

LAPORAN POLIS KE ATAS MAYBANK KERANA SALAH KIRA PINJAMAN PERBANKAN ISLAM! PEMINJAM RASA TERTIPU DAN PERLU DILINDUNGI!

Di petik dari web sites Persatuan Pengguna Islam Malaysia...


Pernahkah anda menyemak perkiraan faedah dan keuntungan untuk pinjaman bank anda?  Sudahkah anda dapatkan semakan pihak kedua untuk mengesahkan ketepatannya?

Jika belum, tahukah anda perbezaannya yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit boleh membayar untuk perjalanan udara pegawai-pegawai tinggi bank dan institusi kewangan selain bonus yang dikeluarkan sebagai insentif kepada kakitangannya?

Kehilangan anda boleh menjadi satu kelebihan untuk dinikmati bank, institusi kewangan dan kakitangannya!

Jangan biarkan perkara yang memudharatkan pengguna ini mencemari tahap keprofesionalan dan etika yang wajib didokong bank dan institusi kewangan di negara ini!

Pengguna mempercayai bank melalui pegawai dan sistem mereka untuk mengeluarkan perkiraan yang tepat, tanpa sebarang lebihan caj walau sekecil mana.

Wujudkah badan bebas atau autoriti lain yang boleh memastikan serta memantau perkiraan bayaran balik pinjaman yang dikeluarkan bank-bank di negara ini, tepat dan tiada kesilapan?

Pasangan yang mengambil pinjaman perumahan berlandaskan konsep syariah; perbankan Islam mendapati jumlah bayaran balik untuk pinjaman BBAnya melebihi amaun yang sepatutnya sehingga hampir 60%!

Sehubungan dengan persoalan dan keraguan ini, satu sidang akhbar telah diadakan pada 18 Mei 2010 di Sembang Sembang Cafe, LG 6 The Mall oleh pengadu bersama Setiausaha Kerja PPIM, Y Bhg Dato' Nadzim Johan dan Penasihat PPIM, En Mustaffa Hamzah.

Daripada sidang media ini, PPIM berharap agar satu badan diwujudkan sebagai rujukan untuk pengguna bagi hal berkaitan perkiraan dan pinjaman bank.

Pengguna juga harus lebih berhati-hati dan peka terhadap urusan harian mereka supaya tidak ditipu atau diperguna oleh pihak-pihak yang kurang bertanggungjawab dan tidak beretika seperti ini yang sewenang-wenangnya menindas pengguna dan masyarakat.

PETIKAN MEDIA LAIN BERHUBUNG SIDANG AKHBAR BERKAITAN

1) BERNAMA ( 18 Mei, 2010 21:35 PM )

PPIM Minta Kerajaan Tubuh Pusat Semakan Pinjaman

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan menubuhkan pusat semakan kiraan pinjaman bank bagi membolehkan pengguna mendapat penjelasan tentang jumlah sebenar yang perlu mereka bayar balik kepada pihak bank.

Setiausaha Kerjanya Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana para peminjam tidak mempunyai ruang untuk mendapatkan rujukan pengiraan setelah membuat sebarang pinjaman di bank sekiranya mereka ragu dengan jumlah bayaran yang dikenakan.

"Para peminjam perlu tahu tidak semua pengiraan yang dibuat oleh bank adalah betul...sebab itu perlu wujudnya satu pusat pengiraan untuk peminjam menyemak serta mendapat rujukan agar tidak tertipu," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata situasi sedemikian turut mengundang keraguan kepada para peminjam dalam pengiraan pinjaman, khususnya melibatkan sistem perbankan Islam.

"Diharap pihak berkuasa iaitu Bank Negara dan Kementerian Kewangan dapat menyiasat perkara ini," katanya.

Menurut Nadzim, pada Rabu lepas seorang pengadu telah membuat laporan polis berhubung pinjaman perbankan Islam berjumlah RM375,000 untuk tempoh 19 tahun mulai tahun 2000.

Pengadu Hazlinda Hamzah, 45, yang turut hadir dalam sidang akhbar itu mendakwa beliau telah membuat pinjaman perumahan dengan tempoh bayaran balik selama 19 tahun terbabit dengan faedah pinjaman bagi tempoh dua tahun pertama ialah 5.5 peratus dan 17 tahun seterusnya dengan kadar 8.25 peratus.

"Pada Mac lepas saya telah ke INCEIF (Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam) untuk buat semakan pengiraan pinjaman itu dan diberitahu bahawa berdasarkan bayaran balik yang dikenakan ke atas saya untuk tempoh 19 tahun sebenarnya dikira mengikut kadar 12.75 peratus secara keseluruhan."

Hazlinda berkata beliau telah membuat aduan kepada pihak Bank Negara dan diminta merujuk perkara berkenaan kepada bank yang memberi pinjaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Saya telah membuat aduan mengenai pengiraan itu kepada pihak pengurusan bank berkenaan secara bertulis sejak dua tahun lepas tetapi tidak mendapat sebarang jawapan," katanya.

SUMBER : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=499243

2) MALAYSIAKINI (
Salhan K Ahmad | Mei 18, 10 7:53pm)

Wartawan buat laporan polis terhadap bank

Seorang wartawan sambilan membuat laporan polis terhadap sebuah bank utama yang didakwanya telah mengenakan bayaran balik untuk pinjaman perumahannya melebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda Hamzah, 45, dan ibu kepada lima orang anak, membuat aduan itu terhadap Malayan Banking Berhad pada 14 April lalu di balai polis Subang Jaya, Selangor.

Laporan polis itu diedarkan kepada para wartawan yang menghadiri sidang akhbar Hazlinda bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibunegara hari ini.

Dalam laporan tersebut, Hazlinda berkata, beliau mengambil pinjaman perumahan berjumlah RM375,000 pada 2000 daripada Maybank cawangan USJ 9, Subang Jaya untuk tempoh 19 tahun.

Katanya, menurut pihak bank, kadar keuntungan untuk pinjaman itu bagi tempoh dua tahun pertama ialah 5.5 peratus dan 17 tahun seterusnya pada kadar 8.25 peratus.

Menurut aduan itu lagi, pada bulan Mac 2010, beliau telah ke Bank Negara cawangan Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk membuat semakan perkiraan pinjaman tersebut.

Hazlinda berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa berdasarkan bayaran balik yang dikenakan ke atasnya untuk tempoh 19 tahun sebenaar dikira mengikut kadar 12.75 peratus secara keseluruhannya.

Sedangkan, katanya, dalam aduan itu lagi, purata kadar keuntungan yang dikenakan untuk pinjaman tersebut, telah dijanjikan oleh pihak bank pada kadar 7.96 peratus.

Menurut aduan itu lagi, Hazlinda berkata, setelah kiraan dibuat oleh wakil Bank Negara, didapati jumlah bayaran balik yang dikenakan terhadapnya mlebihi 60.17 peratus daripada yang sepatutnya.

Hazlinda juga, dalam aduannya itu, berkata Maybank cawangan USJ 9 Subang Jaya - tempat beliau mengambil pinjaman tersebut - tidak lagi beroperasi sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar hari ini, Hazlinda berkata: "Kalau saya bayar, bermakna saya bersetuju untuk membayar dengan amaun yang salah. Saya akan kehilangan hak saya untuk mempertikaikannya."

Berikutan itu, Hazlinda mendakwa beliau kerugian lebih RM300,000 akibat menandatangani perjanjian pinjaman bagi tempoh 19 tahun dengan bank tersebut bermula tahun 2000.

Beliau mendakwa, berikutan itu, beliau berhenti menjelaskan bayaran bulanan sejak tahun 2001.

Mengulas lanjut, Hazlinda berharap supaya satu siasatan dijalankan ke atas bank tersebut bagi memeriksa sistem pengiraan bayaran balik pinjaman yang digunakan.

"Sekiranya (pihak bank) bersalah, mereka patut dihukum dan saya patut dibayar gantirugi," katanya.


SUMBER : http://www.malaysiakini.com/news/132130



komen habeeb : saya pun pernah hadapi masalah dgn org bank ni, personal loan dan home loan depa memang cari peluang untuk kenakan kita so hati2. dan dapatkan khidmat org2 yg pro tentang ni, saya kebetulan seorang jemaah masjid memang ada pengalaman tentang ni, dia tolong saya A-Z, sebab tu kena dekat diri dengan masjid, dan selalu tolong orng Allah akan bantu kita...

Tips Buat Blog 2



Assalamualaikum... kali ni... kita masuk cara2 nak mula buat blog mengunakan blogspot.

tutorial sebelum ini, saya dah suruh anda semua buat email menggunakan gmail
sekarang setelah siap email..

1. Masuk ke website : http://www.blogger.com/ (klik gambar utk saiz besar)




2. Biasanya kalo tuan2 sedang membuka gmail ia akan tertulis secara automatik, tuan2 hanya perlu memasukkan password sahaja. selesai taip password klik dekat sign in.

3. Seterusnya tuan2 dikehendaki meletakkan nama yang akan digunakan sebagai nama pena blog tuan2(display name).. cth macam dalam gambar dibawah. (klik gambar utk saiz besar). Selepas itu klik pada kotak kecil Acceptance Of terms. Kalo nak klik pada email notification boleh jugak, setiap aktiviti blog akan dikirim ke email kita. kemudian klik continue.


4. Berikutnya tuan2 atau puan2 (macam nak jadi chef pulak) perlu menamakan blog tuan2 (blog title) dan tak lupa juga memasukkan alamat blog tuan2 yang tuan2 gemari di blog address (URL). Tuan2 jugak perlu menyemak alamat tersebut dengan klik pada Check Availability. Ini untuk memastikan alamat blog tersebut belum digunakan lagi. Boleh tengok contoh gambar di bawah. klik gambar utk saiz besar. Kemudian klik continue.

5. Macam biasa lepas tu kena taip word verification (taip perkataan yang herot2 dalam gambaq).Boleh tengok contoh gambar di bawah.klik gambar utk saiz besar. Kemudian klik continue.


6. Bila nak siap ni...adui penatnya... sepatutnya tutorial ni kena bayaq ni.... huhuhuhu.. takpa2 member punya pasal. ok Seterusnya, kena verify your indentity yang ni kena isi country (negara) dan mobile phone number . Taip no handphone sendiri dan kode negara cthnya no saya +60124936900 (kode malaysia +6). kemudian klik pada send verification code to my number. Satu kod number akan dihantar ke handphone anda serta-merta. Jadi pesanan saya jgn dok kelentong nanti tak dapat nombor tu.Boleh tengok contoh gambar di bawah. klik gambar utk saiz besar.





 
7. Masukkan nombor yang di'sms'kan ke handphone tuan2 dan klik verify. Boleh tengok contoh gambar di bawah. klik gambar utk saiz besar.




8. Kadang2 blogger akan minta kita ulang arahan ke 5. sila rujuk di atas ( aku tak larat ulang)

9. Kemudian choose a template ( pilih template) pilihlah baju untuk blog tuan2 dan puan2, di sini tersedia beberapa corak baju yang simple, kalo nak yang canggih tunggu tutorial yang lain atau contact aku dalam FBook. Boleh tengok contoh gambar di bawah. klik gambar utk saiz besar.Kemudian klik continue.





10. Ok Sahabat2 sekalian dah nak siap tuan2 kena klik star blogging saja untuk bermula menjadi blogger, jangan jadi Aduka Taruna sudah!! aku tak masuk campur.Boleh tengok contoh gambar di bawah. klik gambar utk saiz besar.


11. Selesai !!! tuan2 boleh terus taip kata2 permulaan bagi blog tuan2, ingat blog adalah dairi anda. Selepas dah taip klik pada publish post. Boleh tengok contoh gambar di bawah. klik gambar utk saiz besar.





12. Kemudian klik view blog. Selamat Mencuba. Selamat menjadi blogger!!!
tunggu tutorial seterusnya.
















Tuesday, May 18, 2010

25,289 pegawai pendidikan siswazah, diploma naik pangkat

KUANTAN: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan 25,289 kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau Bukan Siswazah (PPPLD) sehingga April lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, inisiatif itu diambil Kementerian Pelajaran bagi menyediakan laluan kerjaya lebih baik untuk guru.
“Daripada jumlah itu, 15,320 jawatan PPPS, manakala 9,969 jawatan lagi bagi PPPLD. Pecahan kenaikan pangkat ini membabitkan tiga kategori iaitu time-based, guru cemerlang dan kenaikan pangkat secara hakiki bagi kategori DGA32, DGA34, DG44, DG48, DG52 dan DG54," katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran sambutan Hari Guru 2010 peringkat Kebangsaan Ke-39 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan lebih 20,000 guru termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal-ehwal murid (PK HEM) akan menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain sempena sambutan Hari Guru.

Muhyiddin berkata, kenaikan pangkat itu juga merangkumi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.

“LKPPP juga meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS,” katanya.
Beliau berkata, bagi mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga bersetuju urusan kenaikan pangkat secara time-based Gred DG44 dan DG48 bagi PPPS dilaksanakan Kementerian Pelajaran.

Katanya, sejajar matlamat kementerian meningkatkan kualiti guru, PPPS yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah akan menikmati kenaikan satu gred jika memenuhi kriteria dan syarat akan ditetapkan kementerian.

“Pelaksanaan kenaikan gred bagi pemegang ijazah Doktor Fasafah akan dilaksanakan tahun ini.

“Saya berharap proses kenaikan pangkat dan pengesahan pemangkuan bagi mereka yang memenuhi syarat diurus segera,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut meluangkan kira-kira sejam mengunjungi Festival Hari Guru di pusat beli-belah East Coast Mall, di sini dengan melawat tapak pameran dan jualan serta beramah mesra dengan pengunjung.

Festival kali kedua itu dianjurkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh festival termasuk pameran Hari Guru, jualan dan demonstrasi produk,
permainan berasaskan pendidikan serta jualan buku.

 Habeeb : tunggu apa lagi?? ayoh rebut!!! setelah dibaca kali kedua artikel ini terdapat sedikit kemusykilan atau tanda tanya yang perlu diperhatikan, iaitu pada ayat : “LKPPP juga meluluskan 3,205 jawatan pemangkuan gred DG44, DG48 dan DG52 bagi PPPS,” katanya.
Beliau berkata, bagi mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga bersetuju urusan kenaikan pangkat secara time-based Gred DG44 dan DG48 bagi PPPS dilaksanakan Kementerian Pelajaran." adakah mereka dinaikan pangkat atau selayaknya mereka mendapat pangkat tersebut secara time based?? oh fikirkanla...
 

Tags

Site Info

Followers