Friday, May 21, 2010

Ainon Toner Mata Permata Hijrah dan Permata Hijrah Ainon Toner Mata Tiada asas saintifik'???

'Tiada asas saintifik'



Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Awas! Orang ramai yang ingin memulihkan masalah mata menggunakan kaedah alternatif diberi amaran supaya tidak terpengaruh dengan sebarang iklan atau produk kosmetik yang didakwa boleh merawat penyakit mata secara berkesan.
Lebih membimbangkan jika produk terbabit tidak merawat penyakit mata seperti diharapkan, sebaliknya menyebabkan pengguna kerugian semata-mata membeli produk yang tidak terbukti secara saintifik. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Eisah A Rahman berkata, terdapat hanya dua jenis produk penjagaan mata dikeluarkan syarikat Permata Hijrah yang dibenarkan berada dalam pasaran iaitu Ainon Toner Mata Permata Hijrah dan Permata Hijrah Ainon Toner Mata. Menurutnya, kedua-dua produk terbabit yang dikeluarkan kilang Seri MH Ummi Sdn Bhd dinotifikasikan sebagai produk kosmetik oleh KKM.


“Oleh kerana ia produk kosmetik maka tidak boleh digunakan untuk kegunaan di dalam biji mata dan tuntutan bagi merawat penyakit serta masalah berkaitan mata tidak dibenarkan.


“Produk kosmetik dalam konteks ini semata-mata untuk digunakan di bahagian muka dan sekitar bahagian luar mata untuk tujuan estetika. Ia tidak sama sekali boleh digunakan ke dalam biji mata sebagai ubat titis mahupun sebagai ubat semburan,” katanya.


Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan melalui media elektronik, media cetak dan risalah yang diedarkan dalam kempen promosi beberapa syarikat yang mendakwa produk keluarannya dapat merawat penyakit mata seperti rabun, kerosakan saraf kerana kencing manis, mata berselaput, glaukoma dan sebagainya.


“Dakwaan sebegini tidak mempunyai asas dan bukti saintifik dari segi sains perubatan,” katanya.


Beliau mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan produk dari syarikat pengeluar kosmetik berhubung kesahihan tuntutan ketika promosi dan pemasaran.


“Semua pengeluar dan ejen syarikat ini diingatkan, produk yang dinotifikasikan sebagai produk kosmetik hendaklah dipasarkan sebagai kosmetik dan tidak boleh membuat tuntutan yang jelas melampaui definisi kosmetik.


“Perkara ini sentiasa dipantau KKM dan jika terdapat bukti berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang, siasatan lanjut akan dibuat terhadap syarikat yang terbabit seterusnya didakwa,” katanya.


Menurut Eisah, pihak kementerian memandang serius kewujudan beberapa syarikat lain yang mengeluarkan produk kosmetik untuk mata yang juga menggunakan teknik promosi yang mengelirukan pengguna.


“Pengguna dan orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan mata disaran supaya tidak membazirkan wang membeli produk berkenaan untuk tujuan rawatan kerana perbuatan itu bukan hanya sia-sia dan merugikan. Malahan ia turut mengundang bahaya yang lebih besar dari segi keselamatan dan kesihatan.


Menurutnya, individu yang mengalami masalah kesihatan mata dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan sewajarnya daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah. Bagi mereka yang mengalami kesan negatif akibat penggunaan produk berkenaan, mereka disaran melaporkan terus kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-7883 8549 / 5551 untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata, orang awam boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM menerusi talian 03-7841 3200/ 3215 atau e-mel pharmacy1@moh.gov.my sekiranya memerlukan keterangan lanjut mengenai produk berkaitan.

Difahamkan, syarikat Permata Hijrah sebelum ini pernah mencabar Kementerian Kesihatan supaya mengambil sampel produk mereka untuk dikaji bagi melihat sejauh mana kandungan produk itu boleh memberi kesan sampingan dan berbahaya kepada pengguna. Pengasas Produk, Mohd Zulkifli Dollah mendakwa kesal apabila Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya sebelum ini melarang produk syarikatnya diedarkan, digunakan dan dijual kerana dianggap melanggar syarat ditetapkan, walhal bahan digunakan ialah air zam zam dan mutiara tanpa campuran bahan kimia.

Komen Habeeb : produknya terlalu mahal....

1 comments:

ComOt on 4:43 PM said...

saya pengguna permata hijrah. walaupun mahal tapi tahan berbulan2. kira murah dan berbaloi lah tu..bila palai mata terasa segar dan terang! amat selesa. kkm dengki la kut product Islam telah berjaya. saya sarankan kkm tidak berat sebelah terhadap product keluaran Islam. sekarang ini orang sudah beralih kpd merawat cara Islam. lebih selamat, suci dan diyakini. berbanding product2/ubat2 dr US/yahudi lebih banyak mendatangkan kesan sampingan. berhentilah drpd memandang lekeh ilmu perubatan Islam! support lah product Islam!

There was an error in this gadget
 

Tags

Site Info

Followers