Thursday, April 21, 2005

semangat yg hilang..

mungkin ini tajuk bagi lagu atau kata-kata dari org kebiasaan. tapi bagi aku. ia tajuk bagi lembaran hidup dalam kehidupan seorang manusia.ya semangat biasa hilang dan adtang kembali. mungkin caranya dan situasinya berbeza, tapi semua pasti pernah merasainya. yg pasti apabila kehilangan sesuatu hukum adat mengatakan pasti di cari galang-gantinya. semangat yg hilang mesti dicari. bahkan pencarian semangat itu adalah yang paling diingini. menemui pencetus semangat beerti menemui jalan keluar dari kemelut pergolakkan jiwa yg hampir teggelam.pelbagai cara kita utk kita menemui semangat. ada yg kita dapat melalui kawan, daya yg melalui teman dan ada yg melalui guru dan pengalaman. yg pasti penemuan semangat yg hilang akan bisa memberi kebahagiaan kepada penemunya. seperti menemui kekasih yg telah lama terpisah. patah tumbuh hilang berganti...
~teruskan pencarian~

Wednesday, April 20, 2005

Petua dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah :-


1)Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2)sentiasa bersangka baik terhadap orang ( walaupun kita perlu berwaspada setiap masa)
3)Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4)Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yg berterusan.
5)Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6)Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7)Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yg kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9)Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10)Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11)Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12)Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13)Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14)Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15)Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16)Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.
Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka"

Tuesday, April 19, 2005

Nilai Kasih Ibu

 Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.  
> Kos upah membantu ibu:
> Tolong pergi kedai $4.00
> Tolong jaga adik $4.00
> Tolong buang sampah $1.00
> Tolong kemas bilik $2.00
> Tolong siram bunga $3.00
> Tolong sapu sampah $3.00
> Jumlah : S$17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. > Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
> Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
> Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pendan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Sayangnya Allah kepada kita...

Dalam salah satu ceramah Ust Shamsuri ada menceritakantentang pada suatu hari, Nabi dan sahabat-sahabat baruselesai berperang dan di dalam perang tersebut Islamtelah menang.(wallahua'lam tidak dinyatakan dalamperang mana)Maka tibalah masa untuk para muslimin mengutip harta rampasan perang serta tawanan-tawanan.


Di antara tawanan-tawanan yang berjaya di tawan oleh kaum muslimin adalah seorang ibu yang telah kehilangan anaknya semasa keadaan gamat berperang sebentar tadi.Ibu tersebut kelihatan amat sedih dan murung.Tetapitiba-tiba muncul anaknya yang tadinya telah hilangberlari ke arah si ibu tadi. Si ibu tadi amat gembira dan terus mencium, memelukserta terus memberikan susu badannya kepada sianak.
Peristiwa ini diperhatikan oleh Nabi dansahabat-sahabat.Nabi bertanya kepada sahabat."Apakah kalian rasa siibu yang tadinya murung bila kehilangan anak, lepasdia dah jumpa balik anak dia, dipeluk, diciumnya anaktersebut dan terus diberi susu, kalian rasa adakah siibu tadi gamak untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?"(Bagi muslimat yang telah menjadi ibu pasti dapatmerasakan betapa kita amat menyayangi anak kita)
Para sahabat menjawab" sudah tentu tidak ya Rasulullahkerana dari tingkahlakunya tadi telah menunjukkan diasangat sayangkan anaknya itu"Nabi menjawab"Kalau kalian nak tahu, Allah Tuhan kitasayang kita ni lebih dari sayangnya si ibu tadi kepadaanaknya itu
"wallahua'lam
 

Tags

Site Info

Followers