Tuesday, May 03, 2011

Sejarah Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili

Salah seorang ulama Melayu yang aktif di Makkah dan terkemuka kerana pemikiran-pemikiran

politik ketemporarianya ialah Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili. Ketika kebanyakan ulama di

Masjidil Haram masih bercakap soal isu-isu biasa agama, Sheikh Abdul Qadir telah

memperkatakan tentang masalah menghantar anak-anak ke sekolah Inggeris, kewajipan

menegakkan negara Islam, kewajipan menyertai parti Islam.

Masalah memilih pemimpin bukan Islam dan juga isu judi loteri yang dianjurkan oleh Umno

pada dekad 1950-an. Fatwa-fatwa tegas beliau menyebabkan berlakunya polemik hukum dengan

ulama Umno dan akhirnya karya beliau diharamkan di negara ini. Kerana kesedaran yang

sama juga, Sheikh Abdul Qadir telah menubuhkan PAS cawangan Makkah pada 1954 yang

dianggotai oleh orang-orang Melayu di Makkah dengan beliau sendiri mengetuainya.

Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib bin Hassan adalah seorang ulama besar kelahiran

Sigalangang, Tapanuli Selatan iaitu sebuah wilayah di Sumatera Utara. Dikenali sebagai

Al-Mandili kerana berketurunan Mendailing. Beliau lahir pada 1910 dalam keluarga petani

dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada 1917 dan lulus darjah Lima pada

1923. Pada 1924, beliau berhijrah ke Kedah kerana mendalami ilmu agama.

Pada mulanya beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, di Pondok Penyarum,

Pendang, kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris

dan Lebai Dukun. Pada 1926, Sheikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-

Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang ketika itu baru diambil alih oleh Sheikh Wan Ibrahim

Abdul Qadir (Pak Chu Him) yang terkenal itu. Beliau berguru dengan Pak Chu Him selama 10

tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok ini sekitar 1934. Sesudah 10

tahun di Titi Gajah, Sheikh Abdul Qadir berhasrat untuk berguru dengan abang Pak Chu

Him, Sheikh Wan Ismail Abdul Qadir (Pak Da ‘Ali), seorang ulama besar di Makkah ketika

itu. Pada 1936, beliau bertolak ke Makkah dan berguru dengan beberapa ulama besar

seperti Pak Da ‘Ali Al-Fathani, Sheikh Al-Maliki, Sheikh Hassan Al-Mashat, Sheikh

Muhammad Al-Arabi, Sheikh Syed Al-Alawi dan Sheikh Mohamad Ahyad. Turut menjadi gugu

beliau ialah Sheikh Hasan Yamani, Sheikh Mohamad Nur Saif, Sheikh Yasin Isa Al-Fadani,

Sheikh Abdullah Lahji dan Sheikh Zakarian Abdullah Bela. Akhirnya, beliau diterima

sebagai guru di Masjidil Haram dan dikatakan sebagai seorang ulama ”yang bersangatan

alim” dan digelar oleh Tuan Guru Haji Husein Che Dol sebagai “al-Alim al-Fadhil wa al-

Abdi al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili al-Indonesi” yang

menggambarkan keilmuan beliau.

Sepanjang menjadi guru di Masjidil Haram selama hampir 30 tahun, Sheikh Abdul Qadir

terkenal kerana alim dalam perbagai cabang ilmu sehingga beliau pernah ditawarkan dengan

pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Presiden

Sukarno pernah menawarkan kepada beliau sebagai Mufti Indonesia, manakala Al-Malik Saud,

Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadi Al-Qudat dengan gaji yang besar, tetapi

beliau menolak kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajaran di Masjidil Haram.

Ini sesuai dengan gelaran yang beliau sendiri pakai iaitu “Khuwaidam talabah al-ilmu

as-syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)”.

Selain mengajar, satu keistimewaan Sheikh Abdul Qadir adalah kebolehan beliau

menghasilkan karya-karya agama. Sepanjang mengajar di Makkah, beliau berkarya

menghasilkan 24 buah karya dalam bahasa Melayu dan Arab, termasuk enam buah karya

terjemahan. Tulisan beliau mencakupi bidang usuludin, fiqh, politik, pendidikan,

perundangan dan akhlak.

Antara karya kontemporari beliau ialah “Risalah Pokok Qadyani” yang mendedahkan

kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam Ahmad Qadyani. Beliau turut mengkritik

pemikiran Kaum Muda dalam bukunya “ Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar

Al-Asy’ari” (1958) dan “al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab” (1958). Sheikh Abdul Qadir

juga menghasilkan sebuah buku “Siasah dan Loteri dan Alim Ulama” (1962) untuk

menjelaskan hukum berkaitan judi loteri anjuran Umno dan juga Loteri Kebajikan

Masyarakat yang ditaja oleh kerajaan Perikatan ketika itu untuk mengutip dana bagi

membina masjid dan sekolah agama. Oleh kerana ketika zaman kemasyuran beliau itu, Tanah

Melayu baru mencapai kemerdekaan, Sheikh Abdul Qadir turut menulis tentang undang-

undang, politik dan kenegaraan Islam. Beliau telah menghasilkan sebuah buku “Islam:

Agama dan Kedaulatan (1959) untuk menjelaskan tentang pemikiran politik dan kenegaraan

Islam. Buku ini diterbitkan semula oleh Pak Chu Him pada 1962 selepas beberapa polemik

dengan Abdul Rahman Merbok, seorang ulama Umno. Fatwa-fatwa politik beliau juga

disiarkan dalam buku ini, termasuk polemik yang timbul itu.

Sebelum itu pada 1956, Sheikh Abdul Qadir mendahului ulama-ulama lain apabila

memperkatakan tentang masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme

dan komunisme serta percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam. Persoalan ni

diperkatakan dalam buku terjemahannya, “Pendirian Agama Islam” (1956). Dalam cetakan

kedua buku ini pada 1957, beberapa ulama telah memuji tindakan Sheikh Abdul Qadir dalam

menyelamatkan aqidah umat Islam ini.

Ketika orang Melayu sedang sibuk memperkatakan tentang pengisian kemerdekaan, Sheikh

Abdul Qadir pada 1961 talah membuat lonjakan besar dalam bidang kenegaraan apabila

menghasilkan sebuah karya yang menolak undang-undang Barat untuk dikuatkuasakan ke atas

umat Islam. Karyanya bertajuk “Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang

Ciptaan Manusia (1961)” cuba menjelaskan kepada orang Melayu tentang keadilan dan

kebaikan undang-undang Allah serta masalah kemasukan dan penerimaan undang-undang

penjajah di negara ini.

Buku lain yang ditulis oleh beliau adalah “Senjata Tok Haji dan Tok Lebai” (1949),

“Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya

Kepada Sekalian Yang Mati” (1950), “Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa

Alaih Al-Bukhari wa Muslim” (1952), “Bekal Orang Yang Menunaikan Haji” (1953) dan banyak

lagi penulisan sehigga tahun 1962.

Dengan pemikiran politik beliau yang begitu terkehadapan berbanding para ulama yang

lain, Sheikh Abdul Qadir bukan sahaja berjaya menghasilkan karya-karya politik,

pemikiran Islam dan fiqh semasa, tetapi turut terlibat secara langsung dalam gerakan

politik Islam. Sheikh Abdul Qadir telah mempengaruhi murid-muridnya di Makkah supaya

menolak pemikiran nasionalsme, menolak undang-undang penjajah, menolak kepemimpinan

bukan Islam, mewajibkan perjuangan menegakkan negara Islam serta mewajibkan umat Islam

menyertai PAS.

Beliau sendiri menyertai PAS Cawangan Makkah pada tahun tersebut ketika Yang Dipertuan

Agung PAS, Dr Haji Abbas Alias memimpin pasukan kesihatan jemaah haji Tanah Melayu pada

1954. Sheikh Abdul Qadir turut dipilih sebagai Ketua PAS Makkah sehingga beliau

menghidap penyakit ganjil di kakinya yang membawa kepada kematian beliau pada 18

Rabiulakhir 1385 (1965).

Antara murid beliau yang terkenal ialah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Sungai Durian,

Kelantan dan Tuan Guru Haji Umar Daud Meranti. Salah seorang anak beliau, Syeikh

Muhammad al-Mandili merupakan guru agama di Masjidil Haram sekarang ini.



Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Guru di Masjidil Haram

http://3.bp.blogspot.com/-zA0tisY-zmw/TYjk2j3-

4cI/AAAAAAAAASM/QjBjwE11a10/s400/sheikh_kader_mendeli.jpg

Bukan sedikit tokoh-tokoh ulama yang berketurunan Mandailing berhijrah ke Tanah Melayu.

Antara tokoh terawal yang datang ke Tanah Melayu ialah Syeikh Junid Thala. Tokoh besar

ini lahir pada tahun 1314 Hijriyyah bersamaan dengan 1897 Masehi. Beliau merupakan

pendiri Madrasah ad-Diniyah di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak. Madrasah ini pernah

menjadi pusat gerakan menentang penjajah satu masa dahulu.

Tokoh selanjutnya ialah Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutollib Al-Indonesi Al-Mandili.

Beliau pernah menimba ilmu di Kedah dan kemudiannya menjadi tenaga pengajar di Masjidil

Haram. Walaupun menjadi guru di Masjidil Haram, hubungan beliau dengan alim-ulama dan

para penuntut ilmu di Alam Melayu sangat akrab. Beliau sangat mengambil berat tentang

perkembangan semasa samada dari segi agama mahupun politik di Alam Melayu.

Nama penuh ulama ini ialah Abdul Qadir bin Abdul Mutollib bin Hassan. Beliau dilahirkan

pada tahun 1910 Masehi di Sigalangang, Tapanuli Selatan sebuah wilayah yang terletak di

bahagian Sumatera Utara dalam Pulau Sumatera. Latar belakang keluarganya adalah dalam

bidang asas tani. Syeikh Abdul Qadir mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada

tahun 1917 dan lulus Darjah Lima pada tahun 1923. Setahun selepas itu beliau berhijrah

ke Kedah untuk mendalami ilmu agama.

Di peringkat awal, beliau menimba ilmu kepada Tuan Guru Haji Bakar Tobiar di Pondok

Penyarum, Pendang. Selepas itu beliau berpindah ke Pondok Air Hitam untuk menimba ilmu

kepada tokoh ulama di situ iaitu Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada tahun 1926,

Syeikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang

pada waktu itu dipimpin oleh Syeikh Wan Ibrahim Abdul Qadir yang lebih terkenal dengan

panggilan Pak Chu Him) oleh masyarakat setempat. Beliau menadah kitab kepada Pak Chu Him

selama 10 tahun. Beliau sangat tekun belajar dan amat ringan tulang. Pada musim cuti,

beliau akan bekerja mengambil upah memukul padi kerana pondok itu terletak di dalam

kawasan padi. Diriwayatkan bahawa telah menjadi amalan beliau untuk menghafaz sambil

memukul padi. Tidak hairanlah beliau menjadi anak murid kesayangan Pak Chu Him

Selanjutnya beliau menjadi guru pondok membantu Pak Chu Him mengajar di situ tetapi

dalam tempoh yang tidak lama. Ini adalah kerana beliau mengambil keputusan untuk

berangkat ke Makkah untuk menimba ilmu kepada kakanda Pak Chu Him iaitu Syeikh Wan

Ismail Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Pak Da ‘Ail. Pak Da ‘Ail pada ketika itu

merupakan tokoh ulama besar di Makkah. Pada tahun 1936, beliau bertolak ke Makkah dan

setibanya di sana, beliau bukan sahaja berguru dengan Pak Da ‘Ail tetapi juga tokoh-

tokoh ulama lain seperti Syeikh Al-Maliki, Syeikh Hassan Al-Masyat, Syeikh Muhammad Al-

Arabi, Syeikh Sayyid Al-Alawi, Syeikh Muhammad Ahyad, Syeikh Hasan Yamani, Syeikh

Muhammad Nur Saif, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Yasin Isa Al-Fadani dan Syeikh

Abdullah Lahji. Dengan mendampingi ulama-ulama besar ini, beliau telah mendalami ilmu

khususnya dalam bidang Tauhid, Tasawwuf, Fiqh dan Hadith. Ketika berada di Makkah beliau

tambah tekun belajar. Diriwayatkan masanya banyak dihabiskan di Masjidil Haram dengan

mengaji, menghafaz, mengerjakan tawaf dan minum air zam-zam Saking alimnya beliau yang

menguasai pelbagai bidang ilmu maka beliau kemudiannya diterima menjadi guru di Masjidil

Haram. Bukan calang-calang orang menjadi guru agama di Masjidil Haram kerana Masjidil

Haram menjadi tempat perhimpunan alim-ulama untuk menimba ilmu. Syeikh Abdul Qadir telah

mendapat pengiktirafan tokoh-tokoh ulama di Makkah sehingga beliau diberi izin untuk

mengajar di kota suci itu. Disebabkan itulah beliau telah digelar oleh seorang tokoh

ulama Kedah iaitu Tuan Guru Haji Husein Che Dol[1] sebagai "al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi

al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutollib Al-Mandili al-Indonesi" yang

menggambarkan tingginya tahap keilmuan beliau. Halaqah pengajiannya sentiasa mendapat

tempat di hati para penuntut ilmu khususnya penuntut yang datang dari Alam Melayu.

Halaqah beliau dikatakan sentiasa penuh, tidak pernah kurang dari 200 orang pelajar.

Beliau mengajar pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu Nahu, Sorof, Hadith, Musthalah

Hadith, Tafsir, Fiqh Syafi`i dan sebagainya.

Ketika menjadi guru di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qadir pernah ditawarkan dengan

pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape Town, Afrika Selatan. Presiden

Sukarno dikatakan pernah menawarkan kepada beliau jawatan Mufti Indonesia manakala Al-

Malik Saud, Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadhi Al-Qudat dengan gaji yang

besar tetapi beliau menolaknya kerana ingin menumpukan perhatian kepada pengajarannya di

Masjidil Haram. Ini bersesuaianlah dengan gelaran yang beliau sendiri pakai iaitu

"Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut

ilmu di Masjidil Haram)".

Syeikh Abdul Qadir tidak ketinggalan menghasilkan karya dimana ada di antara kitab-kitab

yang ditulisnya itu masih lagi digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid.

Tulisan beliau meliputi pelbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik,

pendidikan dan perundangan. Diriwayatkan sewaktu berada di Makkah, beliau telah

menghasilkan 24 buah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab. Antara hasil penulisannya ialah

seperti seperti

Risalah Pokok Qadyani – Risalah ini mendedahkan kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam

Ahmad Qadyani.

Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari – Kitab ini ditulis pada

tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.

al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab – Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik

pemikiran Kaum Muda.

Pendirian Agama Islam – Kitab ini ditulis pada tahun 1956 dan membicarakan tentang

masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta

percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam.

Senjata Tok Haji dan Tok Lebai – Kitab ini ditulis pada tahun 1949

Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya

Kepada Sekalian Yang Mati – Kitab ini ditulis pada tahun 1950

Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim – Kitab

ini ditulis pada tahun 1952

Bekal Orang Yang Menunaikan Haji – Kitab ini ditulis pada tahun 1953

Penawar bagi Hati – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah

Publishers

Perisai bagi Sekalian Mukallaf – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah

Publishers dan Jahabersa.

Buku-buku yang ditulisnya dalam bidang politik dan perundangan antaranya ialah seperti

Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961), Siasah

dan Loteri dan Alim Ulama (1962) dan Islam: Agama dan Kedaulatan (1959).

Syeikh Abdul Qadir sangat gigih mengajar tidak kira walaupun dalam keadaan sakit. Tidak

langsung tampak kesakitan yang dideritainya sebaik sahaja beliau mula mengajar. Apabila

ditanya oleh anak muridnya apakah beliau sudah sembuh, beliau menjawab, "kalau menangis

pun bukan nak lega". Begitulah hebatnya tokoh ulama yang berasal dari Alam Melayu ini

yang sangat gigih berdakwah dan menabur ilmu kepada umat Islam tanpa mengira penat dan

lelah. Pada tahun 1385 Hijriyyah (1965 Masehi), Syeikh Abdul Qadir bin Tholib

menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengalami penyakit uzur di kakinya.

Jenazahnya telah dimakamkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah.

Rujukan utama


http://www.niknasri.com/?p=1378

. Dicapai pada 19 Oktober 2010

http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/04/sheikh-qadir-mandili.html

. Dicapai pada 19 Oktober 2010

http://allangkati.blogspot.com/2010/09/syeikh-abdul-qadir-bin-tolib.html

. Dicapai pada 19 Oktober 2010

8 comments:

Anonymous said...

Hi to every single one, it's genuinely a good for me to go to see this web page, it includes helpful Information.
my web site: Property Bodrum

Anonymous said...

Simply want to say your article is as surprising. The clearness in your
post is just excellent and i can assume you are an expert on this subject.
Fine with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post.
Thanks a million and please keep up the rewarding work.
my web page: Ferienwohnung Antalya

Anonymous said...

Magnificent site. Plenty of helpful information here. I am sending
it to a few friends ans also sharing in delicious.
And naturally, thank you for your sweat!
Here is my website - Eiendom i Tyrkia

Anonymous said...

Hi would you mind sharing which blog platform you're using? I'm looking to start my own blog in the near future but I'm having a tough time selecting between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design and style seems different then most blogs and I'm looking for something
unique. P.S Apologies for getting off-topic
but I had to ask!
my website: Eiendom i Bodrum

Anonymous said...

This is my first time visit at here and i am actually impressed to read all at alone place.
My web site immobilienalanya.net

Anonymous said...

Hi there mates, its great paragraph about teachingand entirely defined,
keep it up all the time.
Here is my web-site :: Asunto Alanyasta

Anonymous said...

Thank you a bunch for sharing this with all people
you actually recognize what you're speaking about! Bookmarked. Please additionally talk over with my site =). We can have a link change arrangement between us
Here is my blog ; Loma asunto Alanya

Anonymous said...

Rakan yg berhijrah bersama syekh Abdul Qadir Mandili ketika usia belasan tahun dari mandiling Haji Ghazali Lubis atau Tok Mundok

 

Tags

Site Info

Followers