Friday, February 19, 2010

Sekarang guru hanya akan dapat nasi bungkus bila hadir kursus.

Habeeb Wrote :   Satu Artikel untuk dikongsi bersama...(terutama guru)

Sekarang guru hanya akan dapat nasi bungkus bila hadir kursus.

Satu langkah yang bagus. Tetapi kenapa guru sahaja ?

Sebaiknya Perdana Menteri, Menteri Besar, Pengarah, Ketua Jabatan pun sepatutnya diberikan nasi bungkus apabila turun padang bertemu rakyat. Barulah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Kalau tak ada duit, buatlah cara tak ada duit.

Saya sendiri belanja sehari makan kekadang 60 sen sahaja, sarapan pagi bihun dan air kosong, tengahari makan subsidi kantin kilang, minum petang air kosong. Duit yang dijimatkan bolehlah bantu sikit-sikit Rakyat Jelata...

Semalam borak dengan seorang Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Saya kata sekarang ni makan Nasi Bungkus lah guru-guru kalau ada kursus.

Dia kata tak ada apa-apa, nasi bungkus pun tak ada. Bajet tak ada langsung. Duit makan tak ada, tuntutan elaun perjalanan tak ada.

Begitu teruk sekarang ini , kerajaan dan Kementerian Pelajaran tak ada duit langsung nak beri makan masa kursus.

Kalau macam tu, saya sarankanlah kepada guru-guru, jangan marah, banyakkan bersabar. Eloklah digesa supaya guru-guru berpuasa ketika menghadiri kursus. Dapat pahala, dapat jimat duit.

Atau paling senang Kementerian Pelajaran tak payahlah buat apa-apa kursus, nazir-nazir pun tak payahlah melawat sekolah, jimat semuanya.

Begitu teruk sangatkah ekonomi negara ?

Nampaknya orang politik UMNO, PAS, PKR tak kisah dengan nasib para guru-guru di Malaysia ini. Mereka asyik dengan isu keluar parti, isu Australia, isu itu, isu ini, sampaikan lupa para guru, para kakitangan kerajaan sedang menghadapi saat yang amat sukar akibat bajet kerajaan banyak di potong.

Ada sekolah elit di Seremban di arah pasang kipas di bilik darjah selepas pukul 9. Kalau boleh pejabat Perdana Menteri , Menteri Besar , Pengarah Jabatan Pelajaran, Pengarah itu, Pengarah ini pun tak payahlah guna air-cond, guna kipas lepas pukul 9 pagi.

Cerita berkenaan Nasi Bungkus untuk guru semasa kursus di http://waghih. blogspot. com/2010/ 02/nasi-bungkus- untuk-perdana- menteri-dan. html

************ ********* ********* ****
Berita Harian 14 Feb 2010

Nasi bungkus untuk kursus guru

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Sunday/ Nasional/ 20100213224229/ Article/index_ html

0 comments:

 

Tags

Site Info

Followers