Tuesday, April 19, 2005

Nilai Kasih Ibu

 Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.  
> Kos upah membantu ibu:
> Tolong pergi kedai $4.00
> Tolong jaga adik $4.00
> Tolong buang sampah $1.00
> Tolong kemas bilik $2.00
> Tolong siram bunga $3.00
> Tolong sapu sampah $3.00
> Jumlah : S$17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. > Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
> Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
> Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pendan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

0 comments:

There was an error in this gadget
 

Tags

Site Info

Followers